Halaman

24 November 2010

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Bagi Murid Lemah

Matapelajaran : Matematik
Tahun : Kelas 2 Bestari
Masa : 9.15 - 10.15 a.m.
Topik : Isipadu Cecair
Subtopik : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat membuat perbandingan tentang kapasiti isipadu cecair.
Objektif Eksplisit : Murid dapat menerangkan tentang konsep penuh, separuh penuh dan kosong.
Alatan BBM : Satu baldi air, 3 biji gelas yang sama saiz, 3 biji bikar yang sama saiz, 3 biji botol mineral yang sama saiz dan silinder penyukat.
Nilai murni : Cermat dan berkerjasama dalam kumpulan.

Set Induksi

Guru menunjukkan satu silinder penyukat dan satu bikar. Murid diminta meneka bekas manakah yang mengandungi air yang banyak. Guru menerangkan bagaimana bikar yang kecil mempunyai isipadu yang sama dengan bikar yang besar.

Langkah-Langkah Pengajaran

  1. Dalam kumpulan, guru menyuruh murid menuangkan air ke dalam 3 biji bikar sehingga penuh.
  2. Guru menyoal murid supaya mereka menerangkan tentang persamaan dan perbezaan kandungan air di dalam ketiga-tiga bikar tadi.
  3. Kemudian, ambil satu bikar tadi dan tuangkan air sehingga tinggal separuh air dalam bikar tersebut.
  4. Ambil bikar yang kedua dan tuangkan kesemua air tersebut ke dalam baldi.
  5. Guru menyuruh murid membuat perbandingan tentang kandungan air dalam ketiga-tiga bikar tersebut. Yang mana paling banyak dan yang mana paling sedikit.
  6. Di sini, murid akan dapat menyebut bikar yang mengandungi air yang kosong, separuh penuh dan penuh.
  7. Kemudian, minta murid lain menyusun bikar-bikar tersebut daripada kosong, separuh penuh dan penuh.
  8. Ulangi langkah-langkah di atas dengan menggunakan alatan lain yang dibekalkan tadi.
  9. Selepas itu, guru mengedarkan lembaran kerja untuk dijawab oleh murid.
 Isipadu air di dalam bikar mengikut susunan

Lembaran Kerja 1


Lembaran Kerja 2


Aktiviti Pembelajaran Bagi Murid Cerdas

Matapelajaran : Matematik
Tahun : Kelas 2 Intelek
Masa : 8.15 - 9.15 a.m.
Topik : Isipadu Cecair
Subtopik : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai.
Objektif Eksplisit : Murid dapat mengukur bilangan air yang disukat menggunakan cawan.
Alatan BBM : Satu baldi air, 4 biji cawan, bikar, jag, botol mineral dan mangkuk.
Nilai murni : Cermat dan berkerjasama dalam kumpulan.


Set Induksi
Guru menunjukkan kepada murid sebiji jag dan sebiji gelas. Guru bersoal jawab kepada murid tentang bekas mana yang mengandungi air paling banyak yang hendak disukat. Bagaimana murid perlu buat sekiranya kita ingin separuh sahaja air dalam jag tersebut?

Langkah-Langkah Pengajaran
  1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
  2. Setiap kumpulan akan dilantik seorang pencatat.
  3. Guru mengagihkan 4 set alat yang berbeza iaitu jag air, bikar, botol mineral dan mangkuk kepada setiap murid mengikut kumpulan masing-masing.
  4. Sebelum mengisi air ke dalam bekas, setiap kumpulan mesti membuat anggaran bilangan cawan air bagi memenuhi bekas yang hendak diisi air ke dalamnya.
  5. Guru meminta murid mengisi satu cawan air ke dalam setiap bekas dan membuat perbandingan antara kumpulan masing-masing.
  6. Setiap kumpulan akan mula merekod jumlah bilangan cawan air yang diisi ke dalam setiap bekas sehingga penuh. Kemudian, salah orang dari setiap kumpulan akan menerangkan kepada rakan kumpulan lain data yang direkodkan tadi.
Jadual aktiviti menyukat air bukan menggunakan unit piawai


Lembaran Aktiviti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan